Tidaklah satu umat berpecah-belah selepas kewafatan Nabinya

TEKS BAHASA ARAB

ما اختلفت أمة بعد نبيها إلا ظهر أهل باطلها على أهل حقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah satu umat berpecah-belah selepas kewafatan Nabinya, melainkan golongan yang berdusta akan mengatasi golongan yang benar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis nombor 6610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما اختلفت أمةٌ بعد نبيها إلا ظهر أهل باطلها على أهل حقها.
[طس، ((الضعيفة)) (5946)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah satu umat berpecah-belah selepas kewafatan Nabinya, melainkan golongan yang berdusta akan mengatasi golongan yang benar.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5946].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs