Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا اخْتَلَفَتْ أُمَّةٌ بَعْدَ نَبِيِّهَا إِلَّا ظَهَرَ أَهْلُ بَاطِلِهَا عَلَى أَهْلِ حَقِّهَا.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah satu umat berpecah-belah selepas kewafatan Nabinya, melainkan golongan yang berdusta akan mengatasi golongan yang benar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis no. 6610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما اختلفت أمةٌ بعد نبيها إلا ظهر أهل باطلها على أهل حقها. [طس، ((الضعيفة)) (5946)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah satu umat berpecah-belah selepas kewafatan Nabinya, melainkan golongan yang berdusta akan mengatasi golongan yang benar. [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5946].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman