Tidaklah satu hari yang datang kepada anak Adam melainkan ia menyeru padanya: Wahai anak Adam!

TEKS BAHASA ARAB

ليس من يوم يأتي على ابن آدم إلا ينادي فيه: يا ابن آدم أنا خلق جديد وأنا عليك غدا شهيد فاعمل خيرا في أشهد لك غدا، وإني لو قد مضيت لن تراني أبدا، ويقول الليل مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah satu hari yang datang kepada anak Adam melainkan ia menyeru padanya: Wahai anak Adam! Aku ialah ciptaan yang baru, dan aku menjadi saksimu pada hari esok. Maka beramal baiklah padaku (hari), aku menjadi saksi bagimu pada hari esok. Sesungguhnya aku sekiranya sudah berlalu, kamu tidak akan melihatku lagi selamanya. Dan waktu malam juga mengatakan sedemikian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2067, hadis nombor 10386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معقل بن يسار – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليس من يوم يأتي على ابن آدم إلا ينادي فيه: يا ابن آدم أنا خلق جديد وأنا عليك غدا شهيد فاعمل خيرا في أشهد لك غدا، وإني لو قد مضيت لن تراني أبدا، ويقول الليل مثل ذلك.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (6976)]

(Palsu)
Daripada Ma’qil bin Yasār RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah satu hari yang datang kepada anak Adam melainkan ia menyeru padanya: Wahai anak Adam! Aku ialah ciptaan yang baru, dan aku menjadi saksimu pada hari esok. Maka beramal baiklah padaku (hari), aku menjadi saksi bagimu pada hari esok. Sesungguhnya aku sekiranya sudah berlalu, kamu tidak akan melihatku lagi selamanya. Dan waktu malam juga mengatakan sedemikian.
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6976]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.