Tidaklah saling menyayangi dua orang lelaki kerana Allah

TEKS BAHASA ARAB

ما تحاب رجلان في الله؛ إلا وضع الله لهما كرسيا فأجلسا عليه، حتى يفرغ الله عز وجل من الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah saling menyayangi dua orang lelaki kerana Allah, melainkan Allah akan menyediakan mereka berdua satu kerusi lalu mereka didudukkan di atasnya, sehingga selesai urusan hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis nombor 10341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي عبيدة بن الجراح -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ما تحاب رجلان في الله؛ إلا وضع الله لهما كرسيا فأجلسا عليه، حتى يفرغ الله عز وجل من الحساب.
[عد، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (4695)]

(Palsu)
Daripada Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah saling menyayangi dua orang lelaki kerana Allah, melainkan Allah akan menyediakan mereka berdua satu kerusi lalu mereka didudukkan di atasnya, sehingga selesai urusan hisab.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 4695]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs