Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah salah seorang dari kamu lebih beruntung dari yang lain

Teks Bahasa Arab

ليس أحدٌ منكمْ بأكسبَ من أحدٍ، وكتب اللهُ المصيبةَ والأجلَ، وقسمَ المعيشةَ والعملَ، والناسُ يجرون فيهِ على مُنتهى، والرزقُ مقسومٌ وهو آتٍ ابنَ آدمَ على أيِّ سيرةٍ سارها، ليس تقوى تقيٍّ بزائدِه ولا فجورِ فاجرٍ بناقصهِ، بينهُ وبينَ اللهِ سِترٌ وهو طالبهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah salah seorang dari kamu lebih beruntung dari yang lain, Allah telah menetapkan musibah dan ajal, membahagi-bahagikan kehidupan dan amalan, manusia melaluinya sehingga penghujungnya, rezeki dibahagikan dan ia pasti akan datang kepada anak Adam (semua manusia) walau bagaimanapun kehidupan yang ditempuhinya. Tidaklah ketaqwaan seorang yang bertaqwa boleh menambahkan (rezekinya), dan tidak juga kejahatan seorang penjahat boleh mengurangkannya. Di antaranya (hamba/rezeki) dan Allah ada tabir yang menutupi dan dialah penuntutnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 482, hadis no. 2593.

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود –رضي الله عنه- مرفوعا: ((ليس أحد منكم بأكسب من أحد، وكتب الله المصيبة والأجل، وقسم المعيشة والعمل، والناس يجرون فيه على منتهى، والرزق مقسوم وهو آت ابن آدم على أي سيرة سارها، ليس تقوى تقي بزائده ولا فجور فاجر بناقصه، بينه وبين الله ستر وهو طالبه)). [ابن المظفر في ((الفوائد المنتقاة))، أبو محمد الجوهري في ((أربعة مجالس))، ((الضعيفة)) (4131)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah salah seorang dari kamu lebih beruntung dari yang lain, Allah telah menetapkan musibah dan ajal, membahagi-bahagikan kehidupan dan amalan, manusia melaluinya sehingga penghujungnya, rezeki dibahagikan dan ia pasti akan datang kepada anak Adam (semua manusia) walau bagaimanapun kehidupan yang ditempuhinya. Tidaklah ketaqwaan seorang yang bertaqwa boleh menambahkan (rezekinya), dan tidak juga kejahatan seorang penjahat boleh mengurangkannya. Di antaranya (hamba/rezeki) dan Allah ada tabir yang menutupi dan dialah penuntutnya. [Riwayat Ibn al-Muzhaffar dalam al-Fawaid al-Muntaqah, Abu Muhammad al-Jawhar dalam Arba’atu Majalis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4131]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.