Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما ماتَ رسولُ اللهِِِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ حتَّى قرأَ وكَتبَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah Rasulullah SAW wafat (melainkan) setelah baginda mampu membaca dan menulis.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Utbah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis no. 8969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عتبة -رضي الله عنه- قال: ((ما مات رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى قرأ وكتب)). [الأصم في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (343)]
(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin ‘Utbah RA, beliau berkata: Tidaklah Rasulullah SAW wafat (melainkan) setelah baginda mampu membaca dan menulis. [Riwayat Abū al-‘Abbās al-Aṣam dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 343]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman