Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما الَّذي يُعطي مَن سَعةٍ بأعظمَ أجرًا منَ الَّذي يقبَلُ من حاجةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah orang yang memberi di waktu senang itu mendapat pahala yang lebih besar daripada orang yang menerima diwaktu susah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis no. 4575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما الذي يعطي من سعة بأعظم أجرا من الذي يقبل من حاجة)). [حل، ((الضعيفة)) (5073)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidaklah orang yang memberi di waktu senang itu mendapat pahala yang lebih besar daripada orang yang menerima diwaktu susah.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5073].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman