Tidaklah orang-orang baik berhias di dunia ini sama seperti zuhud terhadap perkara dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما ‌تزين الأبرار في الدنيا بمثل الزهد في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah orang-orang baik berhias di dunia ini sama seperti zuhud terhadap perkara dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis nombor 3076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمار بن ياسر – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ما ‌تزين الأبرار في الدنيا بمثل الزهد في الدنيا)). [ع، ((الضعيفة)) (1293)]

(Palsu) Daripada Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Tidaklah orang-orang baik berhias di dunia ini sama seperti zuhud terhadap perkara dunia)). [Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1293].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.