Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah orang-orang baik berhias di dunia ini sama seperti zuhud terhadap perkara dunia

Teks Bahasa Arab

ما تَزيَّنُ الأبرارُ في الدُّنيا بمثلِ الزُّهدِ في الدُّنيا.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah orang-orang baik berhias di dunia ini sama seperti zuhud terhadap perkara dunia.

Sahabat Perawi

  1. Ammar bin Yasir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis no. 3076.

(موضوع) عن عمار بن ياسر – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ما ‌تزين الأبرار في الدنيا بمثل الزهد في الدنيا)). [ع، ((الضعيفة)) (1293)]

(Palsu) Daripada Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Tidaklah orang-orang baik berhias di dunia ini sama seperti zuhud terhadap perkara dunia)). [Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1293].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.