Tidaklah besar nikmat Allah SWT itu digunakan oleh seseorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

ما عظمت نعمة الله – عز وجل – على عبد إلا عظمت مؤنة الناس عليه، فمن لم يحتمل تلك المؤنة، فقد عرض نعمة الله -عز وجل- للزوال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah besar nikmat Allah SWT itu digunakan oleh seseorang hamba melainkan akan besar keperluan menganggung manusia ke atasnya, maka jika dia tidak menanggung keperluan itu, maka dia mendedahkan nikmah Allah untuk hilang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2001, hadis nombor 10035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه – مرفوعاً: ما عظمت نعمة الله – عز وجل – على عبد إلا عظمت مؤنة الناس عليه، فمن لم يحتمل تلك المؤنة، فقد عرض نعمة الله -عز وجل- للزوال.
[عد، هب، ابن حبان في ((المجروحين))، ابن الجوزي في ((العلل))، خط، ابن أبي قعنب في ((الحديث القاسم بن الأشهب))، القضاعي، هب، السلفي في ((المشيخة البغدادية))، ((الضعيفة)) (2291)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA. -diriwayat secara marfu’-: Tidaklah besar nikmat Allah SWT itu digunakan oleh seseorang hamba melainkan akan besar keperluan menganggung manusia ke atasnya, maka jika dia tidak menanggung keperluan itu, maka dia mendedahkan nikmah Allah untuk hilang.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn Jauzi dalam ‘Ilal, al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Abu Qan’ab dalam al-Hadith al-Qasim bin al-Ashhab, al-Qadha’i, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Salfi dalam Syeikh Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2291]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs