Tidaklah naik mulia sesuatu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما عز شيء إلا هان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah naik mulia sesuatu, melainkan ia akan jatuh hina.

STATUS

Semakna hadith sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 161, hadis nombor 478. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو معنى الحديث الصحيح: حق على الله أن لا يرتفع شيء من الدنيا إلا وضعه.

Ia semakna dengan hadith sahih: Menjadi hak kepada Allah bahawa tidaklah diangkat sesuatu daripada urusan dunia melainkan Allah pasti menjatuhkannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs