Semakna hadis sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: مَا عز شَيْء إِلَّا هان.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tidaklah naik mulia sesuatu, melainkan ia akan jatuh hina.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Semakna hadis sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 161, hadis no. 478. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو معنى الحديث الصحيح: حق على الله أن لا يرتفع شيء من الدنيا إلا وضعه.
Ia semakna dengan hadis sahih: Menjadi hak kepada Allah bahawa tidaklah diangkat sesuatu daripada urusan dunia melainkan Allah pasti menjatuhkannya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman