Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا بأسَ بقضاءِ شهرِ رمضانَ مُفرَّقًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah menjadi suatu masalah untuk mengqada’kan puasa Ramadan secara berasingan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1131, hadis no. 5707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: «لا بأس بقضاء شهر رمضان مفرقا». [الماليني في الأربعين، «الضعيفة» (696)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’: "Tidaklah menjadi suatu masalah untuk mengqada’kan puasa Ramadan secara berasingan." [Riwayat al-Malini dalam al-Arba’in. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 696].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman