Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah (menjadi) buruk amalan sesebuah kaum melainkan apabila mereka mula menghiaskan masjid-masjid mereka

Teks Bahasa Arab

مَا سَاءَ عَمَلُ قَوْمٍ قَطُّ إِلاَّ زَخْرَفُوا مَسَاجِدَهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah (menjadi) buruk amalan sesebuah kaum melainkan apabila mereka mula menghiaskan masjid-masjid mereka.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis no. 1550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه - مرفوعا: «ما ساء عمل قوم إلا زخرفوا مساجدهم» . [ه، ع، حل، الرافعي، «الضعيفة» (4447)]

(Daif) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah (menjadi) buruk amalan sesebuah kaum melainkan apabila mereka mula menghiaskan masjid-masjid mereka. [Riwayat Sunan Ibn Majah, Musnad Abi Ya'la, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim, al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4447]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.