TEKS BAHASA ARAB
حديث: "ما من مدينة يكثر أذانها إلا قل بردها".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tidaklah mana-mana bandar yang banyak azannya melainkan berkurang kesejukannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 18, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الأزدي عن علي مرفوعا. وقال: موضوع، والمتهم به عمرو بن جميع.
Diriwayatkan daripada al-Azdi daripada Ali secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Azdi berkata: Hadith ini palsu dan yang dituduh berdusta ialah ‘Amru bin Jami’.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.