Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah mana-mana bandar yang banyak azannya melainkan berkurang kesejukannya

Teks Bahasa Arab

حديث: "ما من مدينة يكثر أذانها إلا قل بردها".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidaklah mana-mana bandar yang banyak azannya melainkan berkurang kesejukannya.

Sahabat Perawi

  1. Ali

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 18, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الأزدي عن علي مرفوعا. وقال: موضوع، والمتهم به عمرو بن جميع.

Diriwayatkan daripada al-Azdi daripada Ali secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Azdi berkata: Hadith ini palsu dan yang dituduh berdusta ialah ‘Amru bin Jami’.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.