Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah keldai itu berteriak melainkan ia melihat syaitan

Teks Bahasa Arab

لن يَنْهَقَ الحِمارُ حتى يَرَى شيطانًا، فإذا كان ذلك فاذكروا اللهَ، وصَلُّوا عَلَيَّ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah keldai itu berteriak melainkan ia melihat syaitan. Apabila dalam situasi tersebut, maka sebutlah nama Allah dan berselawatlah kepadaku.

Sahabat Perawi

  1. Abu Rafi' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis no. 7575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي رافع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لن ينهق الحمار حتى يرى شيطانا، فإذا كان ذلك فاذكروا الله، وصلوا علي)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4343)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Rafi' RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah keldai itu berteriak melainkan ia melihat syaitan. Apabila dalam situasi tersebut, maka sebutlah nama Allah dan berselawatlah kepadaku. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4343]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.