Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah jauh jalan yang membawa kepada seorang sahabat

Teks Bahasa Arab

مَا بَعُدَ طَرِيقٌ أَدَّى إِلَى صَدِيقٍ وَلا ضَاقَ مَكَانٌ مِنْ حَبِيبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah jauh jalan yang membawa kepada seorang sahabat dan tidak juga sempit tempat (yang dilalui) demi sang kekasih.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 79, hadis no. 348. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام ذي النون المصري، فإنه زار أخا له من شقة بعيدة، فقاله.

Bersumberkan ucapan Zunnun al-Misri ketika beliau menziarahi saudaranya dalam keadaan sukar dan jauh, beliau pun menuturkannya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.