Tidaklah harum bau seorang hamba melainkan kurang penderitaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما طابت رائحة عبد إلا قل همه ولا نقيت ثياب عبد إلا قل همه.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah harum bau seorang hamba melainkan kurang penderitaannya, dan tidaklah suci pakaiannya melainkan kurang penderitaannya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 193, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


فيه وضاع.

Hadith ini terdapat perawi yang mereka hadith palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon