Tidaklah Hamba-Ku mengingatiku dalam keadaan bersendiri melainkan Aku akan mengingati-Nya bersama para malaikat-Ku

TEKS BAHASA ARAB

لا يذكرني عبدي في نفسه، إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي، ولا يذكرني في ملأ، إلا ذكرته في الرفيق الأعلى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Hamba-Ku mengingati-Ku dalam keadaan bersendiri melainkan Aku akan mengingati-Nya bersama para malaikat-Ku dan tidaklah dia mengingati-Ku dalam keramaian melainkan Aku mengingatinya dalam pertemanan yang Tertinggi (dalam diri-Ku).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1589, hadis nombor 8030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن معاذ -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((لا يذكرني عبدي في نفسه، إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي، ولا يذكرني في ملأ، إلا ذكرته في الرفيق الأعلى.)) [طب، ((الضعيفة)) (6641)].

(Munkar)
Daripada Muaz RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ((Tidaklah Hamba-Ku mengingati-Ku dalam keadaan bersendiri melainkan Aku akan mengingati-Nya bersama para malaikat-Ku dan tidaklah dia mengingati-Ku dalam keramaian melainkan Aku mengingatinya dalam pertemanan yang Tertinggi (dalam diri-Ku).))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6641)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs