Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَذْكُرُنِي عَبْدِي فِي نَفْسِهِ، إِلا ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ مِنْ مَلائِكَتِي، وَلا يَذْكُرُنِي فِي مَلأٍ، إِلا ذَكَرْتُهُ فِي الرَّفِيقِ الأَعْلَى.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah Hamba-Ku mengingati-Ku dalam keadaan bersendiri melainkan Aku akan mengingati-Nya bersama para malaikat-Ku dan tidaklah dia mengingati-Ku dalam keramaian melainkan Aku mengingatinya dalam pertemanan yang Tertinggi (dalam diri-Ku).
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1589, hadis no. 8030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)عن معاذ -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((لا يذكرني عبدي في نفسه، إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي، ولا يذكرني في ملأ، إلا ذكرته في الرفيق الأعلى.)) [طب، ((الضعيفة)) (6641)].
(Munkar) Daripada Muaz RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ((Tidaklah Hamba-Ku mengingati-Ku dalam keadaan bersendiri melainkan Aku akan mengingati-Nya bersama para malaikat-Ku dan tidaklah dia mengingati-Ku dalam keramaian melainkan Aku mengingatinya dalam pertemanan yang Tertinggi (dalam diri-Ku).)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6641)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman