Tidaklah duduk seorang anak yatim bersama suatu kaum di hadapan hidangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما قعد يتيم مع قوم على قصعتهم؛ فيقرب قصعتهم شيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah duduk seorang anak yatim bersama suatu kaum di hadapan hidangan mereka, maka dihampiri hidangan mereka itu oleh syaitan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 98, hadis nombor 509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي موسى الأشعري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ما قعد يتيم مع قوم على قصعتهم؛ فيقرب قصعتهم شيطان.
[الحارث، طس، ((الضعيفة)) (5373)]

(Palsu)
Daripada Abū Mūsā al-Ash‘arī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah duduk seorang anak yatim bersama suatu kaum di hadapan hidangan mereka, maka dihampiri hidangan mereka itu oleh syaitan.
[Riwayat al-Ḥārith ibn Abū Usāmah dalam musnadnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5373]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.