Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah duduk anak yatim pada hidangan satu kaum lalu syaitan mendekati hidangan mereka

Teks Bahasa Arab

حديث: ما قعد يتيم على قصعة قوم فيقرب قصعتهم شيطان.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidaklah duduk anak yatim pada hidangan satu kaum lalu syaitan mendekati hidangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 73, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحارث في مسنده عن أبي موسى مرفوعا وقال: باطل.

Al-Harith meriwayatkan di dalam Kitab Musnadnya daripada Abu Musa secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) beliau menyatakan hadith ini batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.