Tidaklah dua orang lelaki yang saling bermusuhan melebihi tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجلين اصطرما فوق ثلاث إلا طويت عنهما صحيفة الزيادات. قلت: يا رسول الله! وما صحيفة الزيادات؟ قال: الصلاة النافلة، وما كان من التطوع ما لم يشاكل الفرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dua orang lelaki yang saling bermusuhan melebihi tiga hari melainkan akan dipadamkan daripada mereka berdua lembaran amalan tambahan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud lembaran amalan tambahan? Baginda berkata: Solat sunat, serta apa sahaja dari ibadah sunat selama mana ia tidak menyerupai ibadah fardu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis nombor 1336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن بن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من رجلين اصطر ما فوق ثلاث إلا طويت عنها صحيفة الزيادات. قلت: يا رسول الله! وما صحيفة الزيادات؟ قال: الصلاة النافلة، وما كان من التطوع ما لم يشاكل الفرض)). [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (2077)]

(Munkar)
Daripada al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah dua orang lelaki yang saling bermusuhan melebihi tiga hari melainkan akan dipadamkan daripada mereka berdua lembaran amalan tambahan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud lembaran amalan tambahan? Baginda berkata: Solat sunat, serta apa sahaja dari ibadah sunat selama mana ia tidak menyerupai ibadah fardu.
[Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2077]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs