Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من رجُلينِ اصطَرما فوقَ ثلاثٍ إلَّا طُوِيَت عنْهما صحيفةُ الزِّياداتِ. قلتُ: يا رسولَ اللَّهِ! وما صَحيفةُ الزِّياداتِ؟ قالَ: الصَّلاةُ النَّافلةُ وما كانَ مِنَ التَّطوُّعِ ما لم يشاكِلِ الفَرضَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dua orang lelaki yang saling bermusuhan melebihi tiga hari melainkan akan dipadamkan daripada mereka berdua lembaran amalan tambahan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud lembaran amalan tambahan? Baginda berkata: Solat sunat, serta apa sahaja dari ibadah sunat selama mana ia tidak menyerupai ibadah fardu.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis no. 1336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن بن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من رجلين اصطر ما فوق ثلاث إلا طويت عنها صحيفة الزيادات. قلت: يا رسول الله! وما صحيفة الزيادات؟ قال: الصلاة النافلة، وما كان من التطوع ما لم يشاكل الفرض)). [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (2077)]
(Munkar) Daripada al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah dua orang lelaki yang saling bermusuhan melebihi tiga hari melainkan akan dipadamkan daripada mereka berdua lembaran amalan tambahan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud lembaran amalan tambahan? Baginda berkata: Solat sunat, serta apa sahaja dari ibadah sunat selama mana ia tidak menyerupai ibadah fardu. [Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2077]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman