Tidaklah dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT melainkan Allah SWT akan meletakkan kerusi buat mereka berdua

TEKS BAHASA ARAB

ما تحاب رجلان في الله إلا وضع الله لهما كرسيا فأجلسا عليه حتى يفرغ الله عز وجل من الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT, melainkan Allah SWT akan menyediakan kerusi buat mereka berdua. Lalu mereka berdua akan duduk sehingga Allah ‘Azza Wa Jalla selesai melakukan proses hisab (perhitungan amalan).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 132, hadis nombor 663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي عبيدة بن الجراح رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: ما تحاب رجلان في الله إلا وضع الله لهما كرسياً فأجلسا عليه حتى يفرغ الله عز وجل من الحساب. [طب الضعيفة، (6495)].

(Palsu) Daripada Abū ‘Ubaydah al-Jarrāḥ RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT, melainkan Allah SWT akan menyediakan kerusi buat mereka berdua. Lalu mereka berdua akan duduk sehingga Allah ‘Azza Wa Jalla selesai melakukan proses hisab (perhitungan amalan). [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6495)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs