Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا تَحَابَّ رَجُلانِ فِي اللَّهِ؛ إِلا وَضَعَ اللَّهُ لَهُمَا كُرْسِيّاً فَأُجْلِسَا عَلَيْهِ، حَتَّى يَفْرُغَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ الْحِسَابِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT, melainkan Allah SWT akan menyediakan kerusi buat mereka berdua. Lalu mereka berdua akan duduk sehingga Allah ‘Azza Wa Jalla selesai melakukan proses hisab (perhitungan amalan).
Sahabat Perawi
- Abu Ubaidah al-Jarrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 132, hadis no. 663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي عبيدة بن الجراح رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: ما تحاب رجلان في الله إلا وضع الله لهما كرسياً فأجلسا عليه حتى يفرغ الله عز وجل من الحساب. [طب الضعيفة، (6495)].
(Palsu) Daripada Abū ‘Ubaydah al-Jarrāḥ RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT, melainkan Allah SWT akan menyediakan kerusi buat mereka berdua. Lalu mereka berdua akan duduk sehingga Allah ‘Azza Wa Jalla selesai melakukan proses hisab (perhitungan amalan). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6495)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman