Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah dua orang lelaki yang saling bergaduh sehingga melebihi tiga hari

Teks Bahasa Arab

ما من رجُلينِ اصطَرما فوقَ ثلاثٍ إلَّا طُوِيَت عنْهما صحيفةُ الزِّياداتِ. قلتُ: يا رسولَ اللَّهِ! وما صَحيفةُ الزِّياداتِ؟ قالَ: الصَّلاةُ النَّافلةُ، وما كانَ مِنَ التَّطوُّعِ ما لم يشاكِلِ الفَرضَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah dua orang lelaki yang saling bergaduh sehingga melebihi tiga hari melainkan akan dipadamkan dari mereka berdua itu lembaran tambahan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan lembaran tambahan? Baginda menjawab: Iaitu solat sunat. Apa sahaja daripada solat-solat sunat selama mana ia tidak menyamai yang fardhu.

Sahabat Perawi

  1. al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis no. 1017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن بن علي بن أبي طالب - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ما من رجلين اصطرما فوق ثلاث إلا طويت عنهما صحيفة الزيادات. قلت: يا رسول الله! وما صحيفة الزيادات؟ قال: الصلاة النافلة، وما كان من التطوع ما لم يشاكل الفرض)). [الدولابي، في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (2077)]

(Munkar) Daripada al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah dua orang lelaki yang saling bergaduh sehingga melebihi tiga hari melainkan akan dipadamkan dari mereka berdua itu lembaran tambahan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan lembaran tambahan? Baginda menjawab: Iaitu solat sunat. Apa sahaja daripada solat-solat sunat selama mana ia tidak menyamai yang fardhu. [Riwayat al-Dulabi dalam al-Dzurriyyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2077]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.