Tidaklah dua orang hamba yang saling menyayangi kerana Allah

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبدين متحابين في الله يستقبل أحدهما صاحبه، فيصافحه ويصليان على النبي -صلى الله عليه وسلم- إلا لم يتفرقا حتى يغفر الله لهما ذنوبهما ما تقدم منها وما تأخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dua orang hamba yang saling menyayangi kerana Allah, yang mana salah seorang mereka apabila bertemu dengan sahabatnya dia akan berjabat tangan dengannya, serta kedua-duanya berselawat ke atas Nabi S.A.W melainkan mereka tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan yang akan datang.

STATUS

Munkar Jiddan Dengan Lafaz Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا اللفظ)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ما من عبدين متحابين في الله يستقبل أحدهما صاحبه فيصافحه ويصليان على النبي -صلى الله عليه وسلم- إلا لم يتفرقا حتى يغفر الله لهما ذنوبهما ما تقدم منها وما تأخر.
[ابن السني، ابن حبان في ((الضعفاء))، البطرقاني في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (652)]

(Munkar Jiddan Dengan Lafaz Ini)
Daripada Anas – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Tidaklah dua orang hamba yang saling menyayangi kerana Allah, yang mana salah seorang mereka apabila bertemu dengan sahabatnya dia akan berjabat tangan dengannya, serta kedua-duanya berselawat ke atas Nabi S.A.W melainkan mereka tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan yang akan datang.
[Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan al-Batharqani dalam Juzu’ daripada hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 652]

CATATAN LAPORAN KESILAPAN

Kami telah membuat semakan pada kitab ini (halaman 176, hadis nombor 894), Syeikh Mashhur membuat catatan pada nota kaki, nukilan daripada Kitab Asal Silsilah al-Da’ifah, Jilid 2, halaman 106:

جاءت أحاديث كثيرة عن جمع من الصحابة بمعنى هذا الحديث، لكن ليس في شيء منها ذكر الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم ولا مغفرة ما تأخر -أيضا- من الذنوب. فدل على أن هذه الزيادة منكرة، والله أعلم.

Telah datang banyak hadis-hadis daripada sekumpulan sahabat semakna dengan hadis ini, akan tetapi tiada daripadanya sedikitpun menyebut selawat ke atas Nabi SAW dan tiada juga pengampunan dosa-dosa yang akan datang juga. Maka ia membuktikan bahawa ini adalah tambahan yang munkar. Wallahu a’lam. 

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs