Mungkar Jiddan Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من عبدَين مُتحابَّينِ في الله يستقبلُ أحدُهما صاحبَه، فيصافحه ويصلِّيانِ على النَّبيِّ -صلى الله عليه وسلم- إلا لم يتفرَّقا حتى يُغفَر الله لهما ذنوبُهما ما تقدَّم منها وما تأخَّر.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dua orang hamba yang saling menyayangi kerana Allah, yang mana salah seorang mereka apabila bertemu dengan sahabatnya dia akan berjabat tangan dengannya, serta kedua-duanya berselawat ke atas Nabi S.A.W melainkan mereka tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan yang akan datang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mungkar Jiddan Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis no. 894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Mungkar Jiddan Dengan Lafaz Ini) Daripada Anas - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Tidaklah dua orang hamba yang saling menyayangi kerana Allah, yang mana salah seorang mereka apabila bertemu dengan sahabatnya dia akan berjabat tangan dengannya, serta kedua-duanya berselawat ke atas Nabi S.A.W melainkan mereka tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan yang akan datang. [Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan al-Batharqani dalam Juzu’ daripada hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 652]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman