Tidaklah dipinta suatu pengubatan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada minum madu.

TEKS BAHASA ARAB

ما طلب الدواء بشيء أفضل من شربة عسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dipinta suatu pengubatan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada minum madu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما طلب الدواء بشيء أفضل من شربة عسل)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5949)]

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)), telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah dipinta suatu pengubatan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada minum madu. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5949]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs