Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا طُلِبَ الدَّوَاءُ بِشَيءٍ أَفضَلَ مِنْ شَرْبَةِ عَسَلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dipinta suatu pengubatan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada minum madu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis no. 6001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما طلب الدواء بشيء أفضل من شربة عسل)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5949)]
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)), telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah dipinta suatu pengubatan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada minum madu. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5949]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman