Tidaklah dimulakan sesuatu pekerjaan pada hari rabu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما بدئ بشيء يوم الأربعاء إلا تم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah dimulakan sesuatu pekerjaan pada hari rabu melainkan ia akan sempurna.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 157, hadis nombor 466. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف له على أصل. انتهى.
لكن اعتمد بعض أئمتنا على هذا الحديث، فكان يعمل به في ابتداء درسه، والله أعلم.

al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpai asalnya. Namun, sebahagian imam kita berpegang dengan hadith ini. Ia diamalkan dalam memulakan pengajiannya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs