Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما قُرِن شيءٌ إلى شيءٍ أحسنُ منْ حلمٍ إلى علمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dikaitkan sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik (perkaitannya) berbanding keterkaitan ketenangan dengan ilmu.
Sahabat Perawi
- Suwayd bin ‘Alqamah bin Sa’d bin Mu‘az RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis no. 254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سويد بن علقمة بن معاذ - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما قرن شيء إلى شيء أحسن من حلم إلى علم)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3170)].
(Palsu) Daripada Suwayd ibn ‘Alqamah ibn Sa’d ibn Mu‘ādh RA secarfa marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidaklah dikaitkan sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik (perkaitannya) berbanding keterkaitan ketenangan dengan ilmu.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3170].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman