Tidaklah dikaitkan sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik daripada keterkaitan ketenangan kepada ilmu

TEKS BAHASA ARAB

ما قرن شيء إلى شيء أحسن من حلم إلى علم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dikaitkan sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik (perkaitannya) berbanding keterkaitan ketenangan dengan ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis nombor 254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سويد بن علقمة بن معاذ – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما قرن شيء إلى شيء أحسن من حلم إلى علم)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3170)].

(Palsu)
Daripada Suwayd ibn ‘Alqamah ibn Sa’d ibn Mu‘ādh RA secarfa marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidaklah dikaitkan sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik (perkaitannya) berbanding keterkaitan ketenangan dengan ilmu.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3170].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs