Tidaklah dibelanjakan wang perak pada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أنفقت الورق في شيء أحب إلى الله – عز وجل – من نحيرة تنحر في يوم عيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dibelanjakan wang perak pada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah Azzawajalla melebihi seekor sembelihan korban yang disembelih pada hari raya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis nombor 2070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «مَا أُنْفِقَتِ الْوَرِقُ فِي شَيْءٍ أَحَبَّ إِلَى اللهِ – عَزَّ وجَلَّ – مِنْ نَحِيرَةٍ تُنْحَرُ فِي يَوْمَ عِيدٍ». [ابن حبان في «المجروحين»، طب، قط، أبو القاسم الهمداني في «الفوائد»، المخلص في قطعة من «فوائده»، ابن أبي شريح في «جزء بيبي»، «الضعيفة» (524)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tidaklah dibelanjakan wang perak pada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah Azzawajalla melebihi seekor sembelihan korban yang disembelih pada hari raya". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Daraqutni, Abu al-Qasim al-Hamdani dalam al-Fawa'id, al-Mukhlis dalam potongan Fawa'idnya dan Ibn Abu Shurayh dalam Juz' Bibi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 524].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.