Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أُنْفِقَتِ الْوَرِقُ فِي شَيْءٍ أَحَبَّ إِلَى اللهِ - عَزَّ وجَلَّ - مِنْ نَحِيرَةٍ تُنْحَرُ فِي يَوْمَ عِيدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dibelanjakan wang perak pada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah Azzawajalla melebihi seekor sembelihan korban yang disembelih pada hari raya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis no. 2070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «مَا أُنْفِقَتِ الْوَرِقُ فِي شَيْءٍ أَحَبَّ إِلَى اللهِ - عَزَّ وجَلَّ - مِنْ نَحِيرَةٍ تُنْحَرُ فِي يَوْمَ عِيدٍ». [ابن حبان في «المجروحين»، طب، قط، أبو القاسم الهمداني في «الفوائد»، المخلص في قطعة من «فوائده»، ابن أبي شريح في «جزء بيبي»، «الضعيفة» (524)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tidaklah dibelanjakan wang perak pada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah Azzawajalla melebihi seekor sembelihan korban yang disembelih pada hari raya". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Daraqutni, Abu al-Qasim al-Hamdani dalam al-Fawa'id, al-Mukhlis dalam potongan Fawa'idnya dan Ibn Abu Shurayh dalam Juz' Bibi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 524].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman