Tidaklah di kalangan lelaki dan tidak juga perempuan yang berdoa pada malam Arafah dengan membaca doa

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد ولا أمة دعا الله ليلة عرفات بهذه الدعوات وهي عشر كلمات ألف مرة لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إلا قطيعة رحم أو مأثما سبحان الذي في السماء عرشه _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah di kalangan lelaki dan tidak juga perempuan yang berdoa pada malam Arafah dengan membaca doa yang mengandungi sepuluh kalimat sebanyak seribu kali maka tidaklah dia memohon kepada Allah SWT melainkan Allah akan mengabulnya melainkan dia meminta memutuskan silaturrahim atau dosa iaitu bacaan سُبْحَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ عَرْشُهُ .


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن ابن مسعود مرفوعا وفي إسناده: عزرة بن قيس اليحمدي قال العقيلي: ضعيف ولا يتابع عليه. قال في اللآلىء: هذا لا يقتضي الوضع وقد أخرجه الطبراني والبيهقي في الدعوات.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu'(disandarkan kepada Nabi) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama ‘Azrah bin Qais al-Yahmudi.
Al-Uqaili berkata: Hadith ini dhaif dan tidak disokong.
Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: Hadith ini tidak membawa kepada palsu, al-Tabarani dan al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitab al-Da’awat.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs