Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من عبد ولا أمة دعا الله ليلة عرفات بهذه الدعوات وهي عشر كلمات ألف مرة لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إلا قطيعة رحم أو مأثما سبحان الذي في السماء عرشه _ إلخ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: “Tidaklah di kalangan lelaki dan tidak juga perempuan yang berdoa pada malam Arafah dengan membaca doa yang mengandungi sepuluh kalimat sebanyak seribu kali maka tidaklah dia memohon kepada Allah SWT melainkan Allah akan mengabulnya melainkan dia meminta memutuskan silaturrahim atau dosa iaitu bacaan سُبْحَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ عَرْشُهُ
Sahabat Perawi
- ِAbdullah bin Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu (disandarkan kepada Nabi) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama ‘Azrah bin Qais al-Yahmudi Al-Uqaili berkata :Hadith ini daif dan tidak disokong Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: hadith ini tidak membawa kepada palsu, al-Tabarani dan al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitab al-Da’awat
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman