Tidaklah dari buah delima kamu ini melainkan ianya dikacukkan dari delima syurga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما من رمانكم هذا إلا وهو يلقح من رمان الجنة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah dari buah delima kamu ini melainkan ianya dikacukkan dari delima syurga.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 159-160, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: وضاع.
وقال في الميزان: هذا من أباطيل محمد بن الوليد بن أبان.
وقد أخرجه ابن السني وأبو نعيم كلاهما من طريقه وذكر له صاحب اللآلئ شواهد.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) pada sanadnya terdapat pereka hadith.
Al-Zahabi berkata di dalam kitab al-Mizan: Ini daripada hadith-hadith yang batil oleh Muhammad Bin Walid Bin Aban. Ibn Sunni dan Abu Nu’aim, kedua-duanya meriwayatkan dari jalannya dan pengarang Kitab al-La’ali’ menyebutkan baginya riwayat-riwayat sokongan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon