Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah dari buah delima kamu ini melainkan ianya dikacukkan dari delima syurga

Teks Bahasa Arab

حديث: ما من رمانكم هذا إلا وهو يلقح من رمان الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidaklah dari buah delima kamu ini melainkan ianya dikacukkan dari delima syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 159-160, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: وضاع. وقال في الميزان: هذا من أباطيل محمد بن الوليد بن أبان. وقد أخرجه ابن السني وأبو نعيم كلاهما من طريقه وذكر له صاحب اللآلئ شواهد.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) pada sanadnya terdapat pereka hadith. Al-Zahabi berkata di dalam kitab al-Mizan: Ini daripada hadith-hadith yang batil oleh Muhammad Bin Walid Bin Aban. Ibn Sunni dan Abu Nu’aim, kedua-duanya meriwayatkan dari jalannya dan pengarang Kitab al-La’ali’ menyebutkan baginya riwayat-riwayat sokongan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.