TEKS BAHASA ARAB
ما خلا يهودي بمسلم؛ إلا حدث نفسه بقتله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah bersendirinya seorang Yahudi dengan seorang muslim melainkan berkata dalam dirinya (tergerak hatinya) untuk membunuhnya (muslim tersebut).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما خلا يهوديّ بمسلم؛ إلا حدّث نفسه بقتله.
[ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (4439)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah bersendirinya seorang Yahudi dengan seorang muslim melainkan berkata dalam dirinya (tergerak hatinya) untuk membunuhnya (muslim tersebut).
[Riwayat Ibn Al- A’rabi dalam Al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4439]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.