Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما خَلا يهوديٌّ بمسلِمٍ؛ إلَّا حدَّث نفسَه بقتلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah bersendirinya seorang Yahudi dengan seorang muslim melainkan berkata dalam dirinya (tergerak hatinya) untuk membunuhnya (muslim tersebut).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis no. 407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما خلا يهوديّ بمسلم؛ إلا حدّث نفسه بقتله. [ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (4439)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah bersendirinya seorang Yahudi dengan seorang muslim melainkan berkata dalam dirinya (tergerak hatinya) untuk membunuhnya (muslim tersebut). [Riwayat Ibn Al- A’rabi dalam Al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4439]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman