Tidaklah bersabarnya ahli keluarga ke atas kesulitan selama tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

ما صبر أهل بيت على جهد ثلاثا؛ إلا أتاهم الله برزق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah bersabarnya ahli keluarga ke atas kesulitan selama tiga hari melainkan Allah akan mendatangkan rezeki kepada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ما صبر أهل بيتٍ على جهدٍ ثلاثاً؛ إلا أتاهم الله برزق.
[ع، هب، ابن شاهين، ((الضعيفة)) (4452)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): “Tidaklah bersabarnya ahli keluarga ke atas kesulitan selama tiga hari melainkan Allah akan mendatangkan rezeki kepada mereka”.
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman dan Ibn Syahin dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4452]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.