Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما صبرَ أهلُ بيْتٍ على جَهْدٍ ثلاثًا؛ إلَّا أتاهم اللهُ برِزْقٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah bersabarnya ahli keluarga ke atas kesulitan selama tiga hari melainkan Allah akan mendatangkan rezeki kepada mereka.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis no. 409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ما صبر أهل بيتٍ على جهدٍ ثلاثاً؛ إلا أتاهم الله برزق. [ع، هب، ابن شاهين، ((الضعيفة)) (4452)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): “Tidaklah bersabarnya ahli keluarga ke atas kesulitan selama tiga hari melainkan Allah akan mendatangkan rezeki kepada mereka”. [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman dan Ibn Syahin dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4452]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman