Tiada Asal Baginya Secara Marfu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ للعبدِ من صلاتِهِ إلا ما عَقَلَ منها.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah (bermanfaat) solat kepada seorang hamba melainkan apa yang dia sedar (ketika mengerjakan) solatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya Secara Marfu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063, hadis no. 10365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Tiada Asal Baginya Secara Marfu’) Tidaklah (bermanfaat) solat kepada seorang hamba melainkan apa yang dia sedar (ketika mengerjakan) solatnya. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6941]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman