Tidaklah bercampur sedekah – ataupun dia berkata: Zakat – dengan harta, kecuali ia akan merosakkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما خالطت الصدق – أو قال: الزكاة – مالا؛ إلا أفسدته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah bercampur sedekah – ataupun dia berkata: Zakat – dengan harta (apabila ia tidak ditunaikan), kecuali ia akan merosakkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 892, hadis nombor 4576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما خالطت الصدق – أو قال: الزكاة – مالا؛ إلا أفسدته)). [البزار، ((الضعيفة)) (5069)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidaklah bercampur sedekah – ataupun dia berkata: Zakat – dengan harta (apabila ia tidak ditunaikan), kecuali ia akan merosakkannya.”
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5069].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.