Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما خالَطَتِ الصدقةُ - أو قال : الزكاةُ - مالًا؛ إلا أَفْسَدَتْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah bercampur sedekah - ataupun dia berkata: Zakat - dengan harta (apabila ia tidak ditunaikan), kecuali ia akan merosakkannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 892, hadis no. 4576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما خالطت الصدق - أو قال: الزكاة - مالا؛ إلا أفسدته)). [البزار، ((الضعيفة)) (5069)].
(Lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidaklah bercampur sedekah - ataupun dia berkata: Zakat - dengan harta (apabila ia tidak ditunaikan), kecuali ia akan merosakkannya.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5069].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman