Tidaklah api di atas benda kering

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما النار في اليبس بأسرع من الغيبة في حسنات العبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah api di atas benda kering lebih cepat (membakar) berbanding umpatan dalam menghapuskan pahala hamba.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 165, hadis nombor 491. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا في الإحياء، قال العراقي: لم أجد له أصلا.

Demikian dalam al-Ihya. Al-Iraqi berkata: Aku tidak menemui asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs