Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah Allah Ta'ala menghinakan seseorang hamba

Teks Bahasa Arab

مَا اسْتَرْذَلَ الله تَعَالَى عَبْداً إِلاَّ حَظَرَ عَلَيْهِ الْعِلْمَ وَالأَدَبَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah Allah Ta'ala menghinakan seseorang hamba melainkan Allah menegah (sampainya) ilmu dan adab kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 70, hadis no. 392. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini termasuk hadith-hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) dalam Zail al-La'ali. Mendahului beliau dalam menilainya sebagai palsu adalah al-Zahabi dalam al-Mizan di bawah biografi Ahmad bin Muhammad Ibn Yahya bin Hamzah al-Dimashqi. Al-Dailami turut meriwayatkannya daripada Ibn 'Abbas melalui kata-kata beliau, ia juga batil.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.